29.7.10

HARI SUAIKENAL MURID TAHUN 1 SESI 2010

Tarikh: 31 Disember 2010
Hari: Jumaat
Masa: 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat: SKTM2

Bayaran peralatan berikut boleh dibuat pada hari tersebut:

a. Tali leher - RM 8.00
b. Fail murid - RM 4.00
c. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) - RM 3.00
d. Laporan Adab Belajar (LAB) - RM 3.50
e. Buku Nilam - RM 1.50

Senarai buku-buku boleh dibeli di Kedai Buku Sekolah
Pembelian boleh dibuat semasa cuti sekolah

Pakaian Pendidikan Jasmani/Sukan:

T.Shirt Lengan panjang - RM 13.00
T.Shirt lengan Pendek - RM 11.00
Seluar Track - RM 14.00

sekian untuk makluman

PENGESAHAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 SESI 2010

Dimaklumkan, tuan/puan dikehendaki hadir ke sekolah untuk membuat pengesahan kemasukan murid Tahun Satu Sesi 2010 pada ketetapan berikut:

Tarikh: 3 Ogos 2010 hingga 4 Ogos 2010
Hari: Selasa dan Rabu
Masa: 8.00 pagi hingga 12.45 tengah hari
Petang: 2.00 petang hingga 4.30 petang
Rehat: 1.00 petang hingga 2.00 petang
Tempat: bilik gerakan SKTM2

Sila bawa bersama:

i) Sijil asal
ii) Salinan Sijil Nikah
iii) Salinan Kad Pengenalan Ibubapa
iv) Pembayaran perkara-perkara berikut:

a) Tanda Nama RM 10.00
b) Program Transisi RM 10.00
iii) Buku Peraturan RM 4.00

Sila bawa wang keci secukupnya semasa pendaftaran

1.7.10

Buku Penilaian Kerja Peka Amali Sains (PEKA)

Dimaklumkan bahawa semua murid tahun 3, 4 dan 5 diwajibkan membeli buku PEKA yang berharga RM2.50 sebuah. Murid-murid wajib memiliki buku ini kerana guru sains akan merekodkan kemahiran murid semasa menjalankan kerja amali sains.

Harap maklum

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SKTM2 2010

SKTM2 akan menganjurkan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2010 pada ketetapan berikut:

Tarikh: 30 Julai hingga 1 Ogos 2010 (Jumaat - Ahad)
Masa bertolak: 3.00 petang (Jumaat)
Masa balik: 12.00 tengahari (Ahad)
Tempat: KEM PUSAT BELIA BUKIT LAGONG, Gombak.
Penyertaan: 200 orang
Bayaran: RM50.00 (untuk menampung kos pengangkutan, baju program dan hadiah pertandingan).

Kepada murid yang berminat, sila dapatkan borang kebenaran ibu bapa/penjaga.
Borang kebenaran yang telah dilengkapi ibu bapa/penjaga, hendaklah diserahkan kembali kepada Penyelaras, Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform (En. Tuan Ismail bin Tuan Mat) selewat-lewatnya pada 15 Julai 2010 bersama bayaran.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Tuan Ismail - 017 3010889

Harap maklum