22.4.11

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKTM (2) 2011

Temasya Sukan Tahunan SKTM 2 akan berlangsung pada:

Tarikh: 23 April 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 - 1.00 petang
Tempat: Padang SM Taman melawati

Dato, Datin, Tuan, Puan dijemput hadir bagi memeriahkan temasya sukan tahunan Sekolah kita.

Harap maklum

8.4.11

CAR BOOT SALE SKTM (2) 2011

Pihak PIBG SKTM (2) akan menganjurkan program Car Boot Sale 2011.

Tarikh: 7 Mei 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 - 5.00 petang
Tempat: Dataran Ilmu SKTM 2

Aktiviti yang dirancang:

1. Peraduan melukis dan mewarna untuk murid tahap 1 dan 2
2. Persembahan murid - tarian, nyanyian karaoke dan pertandingan pakaian beragam
3. Peraduan meneka bilangan kacang
4. Cabutan bertuah
5. Rumah hantu
6. Pameran 'Belia Benci Dadah', kemalangan jalan raya PDRM, Bomba dan lain-lain
7. Demonstrasi Silat dan Tae Kwon Do
8. Penampilan khas UPIN dan IPIN
9. Pertunjukan khas 'Paramoto'
10. Lain-lain

Tapak Car Boot Sale boleh disewa dengan kadar yang berpatutan mengikut ruang dan lokasi.
Untuk keterangan lanjut, boleh berhubung dengan Encik Hatta 012 283 7857 dan Encik Zulkefli 013 208 8485.

Ibu bapa dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program ini

Harap maklum