25.8.11

SELAMAT HARI RAYEE..

Kami, seluruh warga SKTM2 mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri Maaf Zahir & Batin

Sekolah akan mula bercuti mulai 26 Ogos 2011 (Jumaat) hingga 4 September 2011.
Sekolah akan dibuka semula pada 5 September 2011.

23.8.11

PROGRAM SOLAT HAJAT UPSR DAN MAJLIS PERJUMPAAN HARI RAYA BAGI IBUBAPA DAN MURID-MURID TAHUN 6, SKTM2

Sukacita dimaklumkan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), bersama dengan pihak sekolah SKTM2 akan mengadakan Solat Hajat UPSR bagi semua Ibubapa dan murid Tahun 6.

Bersempena dengan bulan Syawal yang mulia, pihak PIBG juga mengambil kesempatan untuk menganjurkan Majlis Perjumpaan Hari Raya bagi semua murid Tahun 6 bersama ibubapa masing-masing yang akan diadakan pada waktu petang dari jam 5.00 hingga 7.30 malam.

Tarikh: 10 September 2011 (Sabtu)
Tempat: Dataran Ilmu, SKTM2

Aturcara Majlis Perjumpaan Hari Raya dan Program Solat Hajat UPSR:

5.00 ptg: Majlis Perjumpaan & Jamuan Hari Raya
7.30 mlm: Solat Magrib
7.45 mlm: Majlis Tazkirah
8.45 mlm: Solat Isyak
9.00 mlm: Solat Hajat UPSR
9.30 mlm: Bersurai

Harap maklum

18.8.11

JEMPUTAN KE MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PROGRAM NUR KASIH RAMADHAN 2011

Adalah dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Unit Kebajikan PIBG SKTM2 akan mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Nur Kasih Ramadhan 2011 pada ketetapan berikut:

Tarikh: 23 Ogos 2011 (Selasa)
Tempat: Dewan Gemilang SKTM2
Masa: 7.30 pagi (pendaftaran)

Pihak sekolah menjemput tuan/puan yang telah terpilih (telah dimaklumkan dengan surat), untuk menghadiri program ini untuk menerima sumbangan Program Nur Kasih Ramadhan 2011.

Harap maklum