9.1.12

BAYARAN AKTIVITI TAHUN 6 2012

Satu perjumpaan ibu bapa yang telah diadakan pada 7 Januari 2012 telah sebulat suara menetapkan bayaran Aktiviti Tahun 6 2012 sebanyak RM200 setahun.

Dengan itu, semua murid tahun 6 diminta menjelaskan bayaran tersebut sama ada secara tunai atau ansuran sehingga bulan Ogos 2012 nanti.

Bayaran ini akan digunakan untuk menjalankan semua aktiviti tahun 6 di samping pembelian buku-buku kerja, kertas-kertas dan bahan-bahan sokongan untuk memantapkan lagi persediaan murid menghadapi UPSR 2012.

Segala kerjasama daripada pihak ibu bapa, didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Harap maklum

4.1.12

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6 2012

Sukacita dimaklumkan, Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 7 JANUARI 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan SK. Taman Melawati 2

Ibu bapa/Penjaga akan diberikan taklimat mengenai pengisian program tahun 6 untuk memudahkan pihak sekolah dan ibu bapa memastikan murid-murid bersedia menghadapi UPSR 2012.

Diharapkan pihak tuan/puan dapat hadir ke majlis ini demi kecemerlangan anak-anak tuan/puan dalam UPSR 2012.

Sekian, terima kasih