16.1.13

KELAS BIMBINGAN UPSR 2013 PADA HARI SABTU


Kelas Bimbingan UPSR Hari Sabtu akan bermula pada hari Sabtu 19 Januari 2013 mulai jam 8.00 pg hingga 12.00 tgh.

Murid-murid yang tidak menghadirkan diri, diminta memberikan surat tunjuk sebab kepada penyelaras Tahun 6 2013.

Harap maklum


Ralat

Berlaku kesilapan pada jadual Ujian Diagnostik

Harap maaf


14.1.13

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTM (2) KALI KE-18

Mesyuarat Agung PIBG SKTM (2) kali ke-18 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 2 Februari 2013
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pg - 12.00 tgh

Agenda:

Ucapan YDP
Mengesah dan menerima minit Mesyuarat Agung Kali ke-17
Membentang dan menerima Laporan Tahunan 2012/2013
Pembubaran AJK PIBG 2012/2013
Perlantikan AJK PIBG 2013/2014
Perbincanagn usul dan cadangan
Hal-hal lain
Ucapan penangguhan mesyuarat sesi 2013/2014

Harap maklum

10.1.13

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 5 & 6 2013

Ujian Diagnostik untuk Tahun 5 & 6 akan dijalankan mulai 15 Januari 2013 hingga 17 Januari 2013.

Harap maklum

Download jadual Ujian Diagnostik


BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN - RM100 setiap murid

Pihak sekolah telah mengatur jadual pengagihan bantuan tersebut seperti berikut:

Tahun 6  (15 Januari 2013 / 10.00 pg hingga 12.00 tgh / di dewan sekolah)
Tahun 5  (16 Januari 2013 / 10.00 pg hingga 12.00 tgh / di dewan sekolah)
Tahun 4  (17 Januari 2013 / 10.00 pg hingga 12.00 tgh / di dewan sekolah)
Tahun 3  (15 Januari 2013 / 2.00 - 4.00 ptg / di dewan sekolah)
Tahun 2  (16 januari 2013  / 2.00 - 4.00 ptg / di dewan sekolah)
Tahun 1  (17 Januari 2013  / 10.00 pg - 12.00 tgh / di dewan sekolah)
Pendidikan Khas (15 Januari 2013  / 10.00 pg - 12.00 tgh /di Kelas Pendidikan Khas)

Ibu bapa dijemput hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan dengan mengemukakan SURAT BERANAK/MYKID YANG ASAL. Pengambilan Bantuan Khas tidak boleh diwakilkan dan surat beranak/mykid asal sahaja diterima.

Ibu bapa yang mempunyai anak lebih daripada seorang, boleh hadir mengambil bantuan tersebut mengikut jadual anak yang terkecil, misalnya anak ada di Tahun 6 & Tahun 1, sila hadir mengikut jadual anak di Tahun 1.

Harap maklum

Download surat pekeliling


CUTI SEMPENA MAULIDUR RASUL

Sempena sambutan Maulidur Rasul, sekolah akan bercuti pada hari Khamis 24 Januari 2013. Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada hari Jumaat 25 Januari 2013.

Harap maklum

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2013

Pihak sekolah akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada hari Jumaat 1 Februari 2013. Semua murid dibenarkan memakai pakaian kebangsaan yang bersesuaian pada hari tersebut. Waktu persekolahan adalah seperti biasa. Bagi murid Bukan Islam, aturcara Pendidikan Moral akan dilaksanakan dan dibenarkan memakai pakaian kebangsaan jika berminat.

Harap maklum

CUTI SEMPENA THAIPUSAM

Sempen sambutan Thaipusam 2013, sekolah akan bercuti pada hari Isnin 28 Januari 2013 menggantikan cuti umum yang jatuh pada hari Ahad sebelumnya. Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada hari Selasa 29 Januari 2013.

Harap maklum

CUTI UMUM TAHUN BARU CINA

Cuti gantan sempena Tahun Baru Cina adalah seperti berikut:

Cuti Umum 11 & 12 Februari 2013 (tidak perlu ganti)
Cuti Peristiwa 13 Februari 2013 (tidak perlu ganti)
Cuti ganti 14 Februari 2013 (tarikh ganti: 26 Januari 2013)
Cuti ganti 15 Februari 2013 (tarikh ganti: 27 April 2013)

Harap maklum


3.1.13

PERJUMPAAN WARIS PELAJAR TAHUN 6 2013

Satu Majlis Perjumpaan Waris Pelajar Tahun 6 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 5 Januari 2013
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan SKTM2

Diharapkan para ibu bapa/penjaga dapat hadir ke majlis ini demi kecemerlangan anak / jagaan tuan/puan.

Harap maklum

WAKTU PERSEKOLAHAN HARI JUMAAT

Waktu pulang pada hari Jumaat sesi pagi adalah pada jam 12.15 tengah hari.

Harap maklum
SELAMAT TAHUN BARU 2013