27.6.12

HARI MESRA AKADEMIK IBU BAPA BERSAMA GURU

Pihak ibu bapa/penjaga dijemput hadir untuk menerima keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 pada hari Rabu bersamaan 4 Julai 2012

Jadual ambilan buku rekod kemajuan sesi pagi untuk Tahun 4, 5 dan 6

7.40 pagi - 11.00 pagi Pengajaran seperti biasa
11.00 - 1.00 tengah hari Perjumpaan ibu bapa di kelas anak masing-masing

Jadual ambilan buku rekod kemajuan sesi petang untuk Tahun 1, 2 dan 3

1.00 - 4.00 petang Pengajaran seperti biasa
4.00 - 6.00 petang Perjumpaan ibu bapa di kelas anak masing-masing

Kerjasama semua ibu bapa/penjaga adalah dipohon supaya:

1. Mematuhi peraturan yang ditetapkan
2. Meletakkan kenderaan di luar kawasan sekolah serta mematuhi arahan pengawal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
3. Mengambil nombor giliran dari guru kelas.
4. Tidak mengambil masa terlalu panjang ketika berbincang dengan guru.
5. Tidak mewakilkan kepada orang lain yang tidak ada hubungan persaudaraan dan sekiranya terpaksa diwakilkan hendaklah mengemukakan surat proksi.
6. Dibenarkan membawa anak pulang selepas majlis tetapi sekiranya tiada keperluan semua murid dibenarkan pulang seperti waktu persekolahan biasa.
7. Berpakaian sopan yang bersesuaian dan berseluar pendek tidak dibenarkan sama sekali.
8. Mematuhi peraturan sekolah termasuk larangan merokok.

Harap maklum