16.5.10
"SELAMAT HARI GURU"
Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Objektifnya;
- " Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- " Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- " Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
- " Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- " Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- " Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
- 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
- 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
- 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
- 1975 Guru dan Pembangunan Negara
- 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
- 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
- 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
- 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
- 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
- 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
- 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
- 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
- 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
- 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
- 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
- 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
- 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
- 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
- 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
- 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
- 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
- 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
- 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
- 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
- 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
- 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
- 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
- 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
- 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
- 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
- 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
- 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
- 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
- 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
- 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
- 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
Hadiah Hari Guru
KUALA LUMPUR: Lebih 20,000 guru, termasuk pengetua dan guru penolong kanan hal ehwal murid (PK HEM) serta guru besar dijangka menikmati kenaikan pangkat, elaun dan manfaat lain yang akan diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sempena Hari Guru peringkat kebangsaan yang disambut di Kuantan, hari ini.
Selain itu, pelbagai insentif lain juga dijangka diumumkan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran termasuk langkah mengurangkan beban kerja yang selama ini ‘menghantui’ golongan ini. Sumber berkata, kenaikan pangkat yang membabitkan kategori DGA32 hingga DGA54 turut merangkumi pegawai perkhidmatan pendidikan yang bertugas di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, pejabat pelajaran daerah dan pensyarah Institut Pendidikan Guru.
Lagi...

14.5.10
Persekolahann satu sesi
Persekolahan satu sesi akan diadakan pada 17 Mei 2010 (Isnin) sempena sambutan Hari Guru. Semua murid dikehendaki datang sebelum pukul 7.25 pagi dan akan pulang pada pukul 12.00 tengahari pada hari tersebut.
Gotong royong perdana
Satu aktiviti gotong royong perdana akan diadakan pada:
Tarikh : 15 Mei 2010 (Sabtu)
Tempat : SK Taman Melawati (2)
Masa : 8.30 pagi
Para ibu bapa dijemput datang bagi memeriahkan dan di samping mengeratkan siraturrahim antara warga pendidik dan para ibu bapa.

7.5.10
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 akan dijalankan pada
27 Mei hingga 4 Jun 2010
27 Mei hingga 4 Jun 2010
5.5.10
3.5.10
PENUKARAN HADIAH DALAM PROGRAM KITAR SEMULA SEMUA JENIS KOTAK MINUMAN
Tarikh : 8 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : SK Taman Melawati 2
Bilangan Kotak
10 - 20 Mini Recycle Note Book
21 - 30 Medium Recycle Note Book
31 - 40 Woven Bag
41 - 50 Large Recycle Note Book
Masa : 9.00 pagi
Tempat : SK Taman Melawati 2
Bilangan Kotak
10 - 20 Mini Recycle Note Book
21 - 30 Medium Recycle Note Book
31 - 40 Woven Bag
41 - 50 Large Recycle Note Book
Langgan:
Catatan (Atom)