22.10.12

CUTI HARI RAYA AIDIL ADHA

Sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha, sekolah akan bercuti selama 2 hari iaitu pada hari KHAMIS dan JUMAAT bersamaan 25 dan 26 Oktober 2012. Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada hari ISNIN 29 Oktober 2012,

Harap maklum

CUTI AKHIR TAHUN 2012

Sekolah akan mula bercuti akhir tahun untuk Penggal Kedua mulai SABTU 10 November 2012. Sekolah akan dibuka semula untuk Penggal Persekolahan yang baharu sesi 2013 pada hari RABU bersamaan 2 Januari 2013.

Harap maklum

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2012

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2012 akan diadakan pada 31 Oktober mulai 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Sesi petang pula adalah mulai 4.00 petang hingga 6.30 petang. Murid akan pulang seperti jadual harian biasa.

Harap maklum

CUTI PERISTIWA SEMPENA RAPTAI HARI ANUGERAH CEMERLANG 2012

Raptai Hari Anugerah Cemerlang akan diadakan pada Hari Khamis 1 November 2012 mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Murid-murid yang terlibat sahaja perlu hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Murid yang lain tidak perlu hadir ke sekolah pada hari tersebut.

Harap maklum

WAKTU PERSEKOLAHAN SESI 2013

Download Waktu Persekolahan Tahun 2013

16.10.12

PENGHANTARAN BUKU SPBT 2012 DAN PENGAMBILAN BUKU SPBT 2013

Untuk makluman, pemulangan buku teks 2012 & pengambilan buku teks untuk tahun 2013 di Bilik Tayangan adalah pada ketetapan berikut:

Tahun 6
Penghantaran pada 22 Okt 2012

Tahun 5
Penghantaran: 23 Okt 2012
Pengambilan: 23 Okt 2012

Tahun 4
Penghantaran: 29 Okt 2012
Pengambilan: 29 Okt 2012

Tahun 3
Penghantaran: 29 Okt 2012
Pengambilan: 29 Okt 2012

Tahun 2
Penghantaran: 30 Okt 2012
Pengambilan: Akan dimaklumkan kemudian

Tahun 1
Penghantaran: 31 Okt 2012
Pengambilan: 31 Okt 2012

Harap maklum

15.10.12

IBADAH QURBAN 2012

SK Taman Melawati 2 akan menganjurkan Ibadah Qurban pada ketetapan berikut:

Tarikh: 28 Oktober 2012
Hari: Ahad (Hari Raya Qurban ke-tiga)
Masa: 8.00 pagi

Harga untuk satu bahagian RM400

Ibu bapa yang berminat untuk menyertainya, boleh menghubungi Cikgu Tuan Ismail 017 3010 889 atau Ustaz Hairizan 013 2010 846

Harap maklum



JAMUAN AKHIR TAHUN TAHUN 6 2012

Jamuan Akhir Tahun Tahun 6 akan diadakan pada:

Tarikh: 2 November 2012
Hari: Jumaat
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Wisma LJT Aras 6 Lorong Perak, 53100 Pusat Bandar Melawati.

Pihak yang ingin menyumbangkan hamper untuk cabutan bertuah amat dialu-alukan. Untuk tujuan tersebut, bolehlah menghubungi Cikgu Tuan Ismail 017 3010 889 atau Cikgu Aznam 016 680 3555.

Terima kasih