18.11.12

KEPUTUSAN UPSR 2012

5A - 66 orang. Tahniah kepada yang berjaya!

2011
5A - 88 orang

2010
5A - 89 orang



8.11.12


SELAMAT BERCUTI PANJANG


TARIKH MENGAMBIL SLIP KEPUTUSAN UPSR 2012

Keputusan UPSR 2012 akan diumumkan pada 19 November 2012 (Isnin). Slip keputusan UPSR murid boleh diambil di sekolah mulai jam 11.00 pagi hari tersebut.

Harap maklum


22.10.12

CUTI HARI RAYA AIDIL ADHA

Sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha, sekolah akan bercuti selama 2 hari iaitu pada hari KHAMIS dan JUMAAT bersamaan 25 dan 26 Oktober 2012. Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada hari ISNIN 29 Oktober 2012,

Harap maklum

CUTI AKHIR TAHUN 2012

Sekolah akan mula bercuti akhir tahun untuk Penggal Kedua mulai SABTU 10 November 2012. Sekolah akan dibuka semula untuk Penggal Persekolahan yang baharu sesi 2013 pada hari RABU bersamaan 2 Januari 2013.

Harap maklum

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2012

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2012 akan diadakan pada 31 Oktober mulai 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Sesi petang pula adalah mulai 4.00 petang hingga 6.30 petang. Murid akan pulang seperti jadual harian biasa.

Harap maklum

CUTI PERISTIWA SEMPENA RAPTAI HARI ANUGERAH CEMERLANG 2012

Raptai Hari Anugerah Cemerlang akan diadakan pada Hari Khamis 1 November 2012 mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Murid-murid yang terlibat sahaja perlu hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Murid yang lain tidak perlu hadir ke sekolah pada hari tersebut.

Harap maklum

WAKTU PERSEKOLAHAN SESI 2013

Download Waktu Persekolahan Tahun 2013

16.10.12

PENGHANTARAN BUKU SPBT 2012 DAN PENGAMBILAN BUKU SPBT 2013

Untuk makluman, pemulangan buku teks 2012 & pengambilan buku teks untuk tahun 2013 di Bilik Tayangan adalah pada ketetapan berikut:

Tahun 6
Penghantaran pada 22 Okt 2012

Tahun 5
Penghantaran: 23 Okt 2012
Pengambilan: 23 Okt 2012

Tahun 4
Penghantaran: 29 Okt 2012
Pengambilan: 29 Okt 2012

Tahun 3
Penghantaran: 29 Okt 2012
Pengambilan: 29 Okt 2012

Tahun 2
Penghantaran: 30 Okt 2012
Pengambilan: Akan dimaklumkan kemudian

Tahun 1
Penghantaran: 31 Okt 2012
Pengambilan: 31 Okt 2012

Harap maklum

15.10.12

IBADAH QURBAN 2012

SK Taman Melawati 2 akan menganjurkan Ibadah Qurban pada ketetapan berikut:

Tarikh: 28 Oktober 2012
Hari: Ahad (Hari Raya Qurban ke-tiga)
Masa: 8.00 pagi

Harga untuk satu bahagian RM400

Ibu bapa yang berminat untuk menyertainya, boleh menghubungi Cikgu Tuan Ismail 017 3010 889 atau Ustaz Hairizan 013 2010 846

Harap maklum



JAMUAN AKHIR TAHUN TAHUN 6 2012

Jamuan Akhir Tahun Tahun 6 akan diadakan pada:

Tarikh: 2 November 2012
Hari: Jumaat
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Wisma LJT Aras 6 Lorong Perak, 53100 Pusat Bandar Melawati.

Pihak yang ingin menyumbangkan hamper untuk cabutan bertuah amat dialu-alukan. Untuk tujuan tersebut, bolehlah menghubungi Cikgu Tuan Ismail 017 3010 889 atau Cikgu Aznam 016 680 3555.

Terima kasih

20.9.12

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 5 / SIRI 4 2012

Kem Bestari Solat Tahun 5 Siri 4 akan dijalankan pada hari Sabtu 22 September 2012 ini. Semua murid Islam dimestikan hadir. Pakaian murid adalah pakaian yang sesuai.

Harap maklum

SEKOLAH GANTI PADA HARI SABTU

Hari Sabtu 22 September 2012 adalah sekolah ganti Hari Raya Puasa 2012 seperti di dalam surat edaran yang dikeluarkan sebelum ini. Jadual adalah mengikut jadual hari Jumaat.

Harap maklum

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012-ralat

Peperiksaan Akhir Tahun 2012 telah dipinda ke tarikh 12 - 19 Oktober 2012.

Jadual peperiksaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Harap maklum

Download Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2012   UPDATE

18.9.12

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012

Peperiksaan Akhir Tahun 2012 akan dijalankan pada 15 hingga 19 Oktober 2012.

Harap maklum

12.9.12

CUTI AM SEMPENA HARI MALAYSIA

Sekolah akan bercuti pada hari ISNIN 17 September 2012. Murid perlu hadir seperti biasa pada hari SELASA 18 September 2012.

Harap maklum

PROGRAM PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2012

Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG aksan menganjurkan program tersebut pada hari SELASA 18 September 2012 mulai jam 7.30 pagi. Program ini hanya melibatkan murid sesi pagi. Semua murid Tahun 4, 5 & 6 dikehendaki memakai pakaian UNIT BERUNIFORM masing-masing. Manakala murid prasekolah memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh guru masing-masing.

Proses pembelajaran hanya akan dijalankan selepas waktu rehat.
Waktu pulang adalah seperti waktu persekolahan biasa.

Harap maklum

7.9.12

SELAMAT MENGHADAPI UPSR

4.9.12

UPSR 2012

UPSR 2012 akan berlangsung mulai 11 September hingga 13 September 2012.
Oleh itu murid-murid yang tidak terlibat akan direhatkan mulai 7 September 2012 seperti berikut:

Tahun 1
Tarikh - 8, 11, 12, 13 Sept 2012

Tahun 2
7, 8, 10, 12 Sept 2012

Tahun 3
7, 10, 11, 13 Sept 2012

Tahun 4
8, 11, 13 Sept 2012

Tahun 5
7, 10, 12 Sept 2012

Tahun 6
Hadir seperti biasa

Kelas Pendidikan Khas
11, 12, 13 Sept 2012

Kelas Prasekolah
Hadir seperti biasa

Harap Maklum

9.8.12

CUTI UMUM HARI RAYA IDIL FITRI 1433H-ralat

Sekolah akan bercuti mulai 16 Ogos 2012 (KHAMIS)

Harap maklum

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE NEGERI MELAKA

Terbuka kepada murid Tahun 4 dan 5 SKTM2 2012

Tarikh: 19 September 2012
Tempat: Melaka
Yuran penyertaan: RM80 (pengangkutan, makan, minum dan tiket tempat lawatan)

Lengkapkan borang penyertaan dan kembalikan kepada pihak sekolah sebelum 29 Ogos 2012.
Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi penyelaras program Encik Sharizal Abdul Karim 019 2705037 atau Encik Kamarul Zakhrin Saadan 013 6021303

Harap maklum


31.7.12

CUTI ULANGTAHUN KEMERDEKAAN 2012

Sekolah akan bercuti pada hari JUMAAT 31 Ogos 2012. Semua murid perlu hadir seperti biasa pada hari ISNIN 3 September 2012.

Harap maklum

CUTI UMUM HARI RAYA IDIL FITRI 1433H

Tiada cuti tambahan. Sekiranya ada perubahan, pihak sekolah akan memaklumkannya kemudian.

Harap maklum


CUTI PERSEKOLAHAN PERTENGAHAN PENGGAL KEDUA

Sekolah akan bercuti selama satu minggu mulai hari SABTU 18 Ogos 2012 sehingga hari AHAD 26 Ogos 2012. Semua murid perlu hadir semula ke sekolah pada hari ISNIN 27 Ogos 2012. Pejabat sekolah akan beroperasi seperti biasa pada 22 hingga 24 Ogos 2012.

Harap maklum

CUTI UMUM NUZUL AL QURAN

Dimaklumkan sekolah akan bercuti pada hari ISNIN bersamaan 6 Ogos 2012. Semua murid perlu hadir seperti biasa pada hari Selasa 7 Ogos 2012

Harap maklum

19.7.12

WAKTU PERSEKOLAHAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2012

Tahun 1, 2 dan 3

ISNIN 1.00 - 5.30 ptg
SELASA 1.00 - 5.30 ptg
RABU 1.00 - 5.30 ptg
KHAMIS 1.00 - 5.30 ptg
JUMAAT 2.10 - 5.30 ptg

Tahun 4, 5 dan 6

ISNIN 7.40 - 1.00 ptg
SELASA 7.40 - 1.00 ptg
RABU 7.40 - 1.00 ptg
KHAMIS 7.40 - 1.00 ptg
JUMAAT 7.40 - 12.00 tgh

Kelas tasmik di luar Pengajaran dilaksanakan seperti biasa
Kelas Prasekolah dan pendidikan Khas tidak ada sebarang perubahan

Semua aktiviti kokurikulum dan sukan adalah ditangguhkan sepanjang bulan Ramadhan. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani akan dilaksanakan secara teori di bilik darjah. Murid-murid sesi pagi tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah (stay back) selepas waktu persekolahan tanpa kebenaran Guru Besar.

Harap maklum

16.7.12

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH 2 2012 & PERCUBAAAN UPSR DAERAH

Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) 2 2012 & Percubaan UPSR Daerah akan dijalankan pada ketetapan berikut:

Tarikh:
23 Julai 2012 hingga 27 Julai 2012 (Tahap 1 - Tahun 3)
24 Julai 2012 hingga 31 Ogos 2012 (Tahap 2 - Tahun 4 & 5)
24 Julai 2012 hingga 26 Julai 2012 (Percubaan UPSR Daerah)


Harap maklum

8.7.12

DURIAN FEST ANJURAN PIBG SKTM2

Pihak PIBG menjemput semua ibu bapa/penjaga berserta keluarga untuk menghadiri Program Durian Fest Amal yang akan diadakan pada:



Tarikh: 14 Julai 2012 (Sabtu)
Masa: 8.30 hingga 2.00 petang
Tempat: Padang SKTM2

Datanglah beramai-ramai sambil menyokong program-program amal anjuran PIBG yang mana dana yang terkumpul akan dapat memberi manfaat kepada seluruh warga SKTM2.

Harap maklum

SESI PENERANGAN BERKAITAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Sesi penerangan berkaitan KSSR, PBS, MBMMBI, LINUS serta Dialog Pendidikan Nasional akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 14 Julai (Sabtu)
Masa: 9.00 hingga 10.00 pagi
Tempat: Dewan SKTM2

Ibu bapa/penjaga yang berminat dipersilakan hadir. Ibu bapa/penjaga dipohon mengembalikan slip jawapan kehadiran melalui Guru Kelas pada atau sebelum 12 Julai 2012.

Harap maklum

KEM BESTARI SOLAT SIRI KE-3 2012

Kem Bestari Solat akan dijalankan bagi murid-murid beragama Islam Tahun 4 dan 5 pada ketetapan berikut:

Tarikh: 14 Julai (Sabtu)
Masa: 7.40 hinga 12.00 tgh
Tempat: SK Taman Melawati 2

Semua murid perlu memakai pakaian sukan kerana mereka perlu menjalani beberapa latihan amali.

Harap maklum

1.7.12

UJIAN PERCUBAAN UPSR 2012

Ujian Percubaan UPSR 2012 akan dijalankan pada ketetapan berikut:

1. Daerah Gombak
- 10, 11 & 12 Julai 2012 (Selasa, Rabu & Khamis)
2. Negeri Selangor
- 24, 25 & 26 Julai 2012 (Selasa, Rabu & Khamis)

Harap maklum

SENAMROBIK SKTM2 TAHAP 2 (TAHUN 4, 5 & 6) BERSAMA IBU BAPA

SKTM2 akan mengadakan Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia.
TAHAP 2 (TAHUN 4, 5 & 6)


Tarikh: 10 Julai 2012 (Selasa)
Tempat: Dataran Perhimpunan SKTM2
Masa: 7.30 hingga 9.00
Pakaian Murid: Baju sukan (Murid diwajibkan)
Pakaian Guru: T-Shirt Hijau Sukan Tahunan 2012
Pakaian Ibu bapa: Pakaian yang sesuai


Para ibu bapa dijemput turut serta bagi memeriahkan acara senamrobik tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi (Encik Muhamad Kamarul 013 602 1303)

Harap maklum

27.6.12

HARI MESRA AKADEMIK IBU BAPA BERSAMA GURU

Pihak ibu bapa/penjaga dijemput hadir untuk menerima keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 pada hari Rabu bersamaan 4 Julai 2012

Jadual ambilan buku rekod kemajuan sesi pagi untuk Tahun 4, 5 dan 6

7.40 pagi - 11.00 pagi Pengajaran seperti biasa
11.00 - 1.00 tengah hari Perjumpaan ibu bapa di kelas anak masing-masing

Jadual ambilan buku rekod kemajuan sesi petang untuk Tahun 1, 2 dan 3

1.00 - 4.00 petang Pengajaran seperti biasa
4.00 - 6.00 petang Perjumpaan ibu bapa di kelas anak masing-masing

Kerjasama semua ibu bapa/penjaga adalah dipohon supaya:

1. Mematuhi peraturan yang ditetapkan
2. Meletakkan kenderaan di luar kawasan sekolah serta mematuhi arahan pengawal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
3. Mengambil nombor giliran dari guru kelas.
4. Tidak mengambil masa terlalu panjang ketika berbincang dengan guru.
5. Tidak mewakilkan kepada orang lain yang tidak ada hubungan persaudaraan dan sekiranya terpaksa diwakilkan hendaklah mengemukakan surat proksi.
6. Dibenarkan membawa anak pulang selepas majlis tetapi sekiranya tiada keperluan semua murid dibenarkan pulang seperti waktu persekolahan biasa.
7. Berpakaian sopan yang bersesuaian dan berseluar pendek tidak dibenarkan sama sekali.
8. Mematuhi peraturan sekolah termasuk larangan merokok.

Harap maklum

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN SK TAMAN MELAWATI 2 2012

Dimaklumkan, SK Taman Melawati 2 akan mengadakan Kejohanan Padang Dan Balapan 2012 pada ketetapan berikut:

Tarikh: 30 Jun 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Stadium Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak

Bagi murid-murid yang terlibat, sila maklumkan kehadiran ke stadium tersebut melalui borang bancian yang disediakan melalui muat turun. Sila kembalikan borang tersebut selewat-lewatnya pada hari Khamis 28 Jun 2012 kepada Encik Sharizal Abdul Karim di talian 019-2705037

Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan sukan tahunan kali ini.

Terima Kasih.

Download Surat dan Borang Bancian


Lokasi





17.6.12

PROGRAM KHAS DAN KELAS BIMBINGAN UPSR JUN - SEPT. 2012

Kelas Bimbingan UPSR akan dijalankan seperti jadual berikut

1. 23 Jun 2012 (Sabtu 8.00 - 12 tengah hari)
2. 7 Julai 2012 (Sabtu 8.00 - 12 tengah hari)
3. 14 Julai 2012 (Sabtu 8.00 - 12 tengah hari)
4. 28 Julai 2012 (Sabtu 8.00 - 12 tengah hari)
5. 4 Ogos 2012 (Sabtu 8.00 - 12 tengah hari)
6. 11 Ogos 2012 (Sabtu 8.00 - 12 tengah hari)
7. 8 September 2012 (Sabtu 8.00 - 12 tengah hari)
8. 9 September 2012 (Sabtu 8.00 - 12 tengah hari)

Gerak Gempur UPSR

Fasa 1:
18 - 18 Jun 2012
(7.40 - 1.00 petang)

Fasa 2:
2 - 13 Julai 2012
(7.40 - 1.00 petang)

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan terkini bentuk-bentuk soalan kepada murid-murid Tahun 6 sebagai persiapan menghadapai UPSR 2012.

Adalah diharap pihak tuan/puan dapat mempastikan kehadiran anak tuan/puan menghadiri semua program yang dirancang.

Murid-murid yang tidak dapat menghadirkan diri, diminta memberikan surat tunjuk sebab kepada penyelaras Tahun6 2012.

Harap maklum

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK TAMAN MELAWATI 2 2012

SUKANTARA

Tarikh: 19, 20 & 21 Jun 2012
Hari: Selasa (Tahun 4), Rabu (Tahun 5) & Khamis (Tahun 6)
Masa: 8.00 - 11.00 pagi
Tempat: Padang SKTM2

Senarai acara yang dipertandingkan
1. Lontar peluru Kelas 4/5/6 (Lelaki & Perempuan)
2. Lompat Jauh Kelas 4/5/6 (Lelaki & Perempuan)
3. 100 meter Kelas 4/5/6 (Lelaki & Perempuan)

AKHIR ACARA PADANG & ACARA BALAPAN

Tarikh: 25 & 26 Jun 2012
Hari: Isnin (Tahun 4, 5 & 6), Selasa (80 meter berpagar Tahun 4, 5 & 6) (lelaki dan perempuan), Tarik tali terbuka (lelaki & perempuan)
Masa: 8.00 - 11.00 pagi
Tempat: Padang SKTM2

Senarai acara yang dipertandingkan
1. Lontar peluru Kelas 4/5/6 (lelaki & perempuan)
2. Lompat jauh Kelas 4/5/6 (lelaki & perempuan)
3. Lompat tinggi Kelas 4/5/6 (lelaki & perempuan)
4. 80 meter berpagar Kelas 4/5/6 (lelaki & perempuan)
5. Tarik tali Kelas terbuka (lelaki & perempuan)

SARINGAN & SEPARUH AKHIR ACARA BALAPAN

Tarikh: 27 Jun 2012
Hari: Rabu
Masa: 2.00 - 6.00 petang
Tempat: STADIUM UIAM, SUNGAI PUSU, GOMBAK

LATIHAN RAPTAI PERBARISAN, PERBARISAN LINTAS HORMAT & MEMBACA IKRAR KEJOHANAN

Tarikh: 28 Jun 2012
Hari: Khamis
Masa: 8.00 - 11.00 pagi
Tempat: Padang SKTM2

PERSIAPAN TERAKHIR UNTUK KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKTM2

Tarikh: 29 Jun 2012
Hari: Jumaat
Masa: Mengikut kesesuaian rumah sukan & masa

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2012

Tarikh: 30 Jun 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 - 2.00 petang
Tempat: STADIUM UIAM, SUNGAI PUSU, GOMBAK


* Jika terdapat sebarang perubahan tarikh, akan diberitahu kelak dari semasa ke semasa

23.5.12

Kelas Bimbingan Tahun 6 Semasa Cuti Sekolah

Kelas Bimbingan Tahun 6 akan bermula pada:

Tarikh: 28 Mei 2012 hingga 31 Mei 2012
Masa: 7.40 pagi hingga 1.00 tengah hari

Harap maklum

Cuti Pertengahan Tahun 2012

Cuti Pertengahan Tahun 2012 akan bermula pada 26 Mei 2012. Sekolah akan dibuka semula pada 11 Jun 2012. Pejabat sekolah beroperasi seperti biasa.

"SELAMAT BERCUTI"

Pemberitahuan

SK Taman Melawati 2 telah diterajui oleh Guru Besar yang baru iaitu Encik Mohamad Alwan bin Ginen mulai 1 Mei 2012 menggantikan Puan Ruhayah binti Abd Rahman yang bertukar ke SK Selayang Baru.

SELAMAT ERTUGAS

8.5.12

PERSEKOLAHAN SATU SESI SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2012

Dimaklumkan, persekolahan satu sesi akan diadakan pada 16 Mei 2012 (Rabu) kerana sambutan Hari Guru.

Semua murid dikehendaki datang dengan memakai pakaian seragam sekolah sebelum pukul 7.25 pagi dan akan pulang pada pukul 11.00 pagi pada hari tersebut. Pihak sekolah memohon supaya tuan/puan dapat datang mengambil anak-anak tuan/puan semasa pulang sekolah pada waktu yang telah ditetapkan.

Harap maklum

26.4.12

SUKANEKA (SUKAN MINI) TAHAP 1

Sukaneka Tahap 1 akan dijalankan pada;

Hari: 29 April 2012 (Ahad)
Tempat: Padang SM Melawati
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang

SK Taman Melawati 2 akan bercuti pada 30 April 2012 (Isnin)

Harap maklum

19.4.12

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 akan dijalankan bermula 7 Mei 2012

Harap maklum

9.4.12

MAKLUMAT AKTIVITI LATIHAN RUMAH SUKAN SERTA KEJOHANAN SUKAN MINI & SUKANEKA

Tarikh: 29 April 2012
Hari: Ahad
Masa: 7.30 hingga 1.00 petang
Tempat: S.K. Taman Melawati 2


Semua murid Tahun 2 & 3 dikehendaki memakai pakaian sukan yang lengkap mengikut rumah sukan masing-masing. Murid-murid Tahun 1 dikehendaki memakai pakaian sukan atau pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti latihan sukan mini & sukaneka.

Harap maklum




2.4.12

PENDAFTARAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012

Tarikh: 6-8 April 2012 (Jumaat-Ahad)

Jumaat Petang

3.00: pendaftaran
4.00: Bertolak ke Dusun Eco Resort
5.00: Dijangka tiba di lokasi

Para ibu bapa/penjaga hanya dibenarkan menghantar murid di SKTM2 sahaja.

Antara peralatan yang perlu dibawa:

1. Alat kebersihan diri (berus gigi, ubat gigi, sabun, sikat, kain basahan & tuala mandi)
2. Ubat-ubatan peribadi (cth. Inhaeler)
3. Lampu suluh
4. Buku log/buku nota
5. Baju Seragam Unit Beruniform yang lengkap
6. Selipar/kasut (cth.kasut sukan @ kasut sekolah)
7. Selimut/sleeping bag (jika ada)
8. Baju sejuk/baju hujan (jika ada)
9. Pakaian solat
10. Plastik (untuk baju kotor @ basah)

Peralatan yang tidak boleh dibawa:

1. Handphone
2. Barang kemas
3. Benda-benda tajam @ berbahaya

Harap maklum

TARIKH PEPERIKSAAN UPSR 2012

TARIKH PEPERIKSAAN UPSR 2012 bermula pada 11 hingga 13 September 2012 (Selasa, Rabu dan Khamis)


Harap maklum

25.3.12

SISTEM ANALISA PEPERIKSAAN SEKOLAH

SISTEM ANALISA PEPERIKSAAN SEKOLAH di bawah NKRA masih dalam proses pembaikan. Justeru itu akan terdapat beberapa kesalahan dalam analisa peperiksaan PKSR (1) 2012 tersebut (seperti contohnya, jumlah markah tidak betul dan sebagainya). Para ibu bapa/penjaga diharap login Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah tersebut dari masa ke semasa.

Harap maklum

21.3.12

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2012

Tarikh: 6, 7 & 8 April 2012 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat: Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang
Penyertaan: 120 orang murid. 30 Guru Pengiring
Bayaran: RM 100.00 (untuk menampung tambang pengangkutan pergi dan balik, baju dan hadiah sukaneka)

Borang kebenaran ibu bapa/penjaga boleh didapati daripada Setiausaha Perkhemahan Tahunan, Encik Ahmad Syakirin.
Kembalikan borang tersebut kepada beliau selewat-lewatnya pada 30 Mac 2012.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Encik Ahmad Syakirin (012 534 1187).

AKTIVITI KO KURIKULUM 2012

Tarikh: 24 Mac 2012 (Sabtu)

Masa:
8.00 - 9.00 pagi (Sukan & Permainan)
9.00 - 10.00 pagi (Unit Beruniform)
10.30 - 11.30 pagi (Kelab & Persatuan)

Kehadiran dimestikan

Harap maklum

17.3.12

PEMBERITAHUAN

Sekolah akan dibuka semula pada 19 Mac 2012 (Isnin)

Harap maklum

7.3.12

HEBAHAN PERMOHONAN PENDAFTARAN UNTUK KEMASUKAN KANAK-KANAK TAHUN KELAHIRAN 2006 DAN 2007 KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2013 DAN 2014

Pihak ibu bapa/penjaga boleh membuat Kemasukan Murid Tahun 1 di Negeri Selangor secara online. Permohonan ini dibuka kepada orang ramai pada 1 Mac hingga 30 April 2012 (kelahiran pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007 sesi persekolahan 2013 dan 2 Januari 2007 hingga 1 januari 2008 sesi persekolahan 2014).


Lawan web JPN Selangor





Ibu bapa/penjaga adalah diingatkan agar membaca peraturan dengan teliti dan memasukkan maklumat dan kod-kod dengan betul. Kesilapan mengisi borang akan menyebabkan permohonan gagal.



Harap maklum.

1.3.12

KEPUTUSAN PKSR (1) 2012

Para ibu bapa/penjaga boleh mendapatkan markah PKSR (1) 2012 melalui link di bawah mulai 6 Mac 2012 (dari masa ke semasa).

http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Harap maklum

29.2.12

GREEN SCHOOL INITIATIVE

'One Green Step A Head'

Dirasmikan oleh:

YAB DATO' DR EADON CHIN
(PRESIDENT PERTUBUHAN AMAL SERI SINAR)

Tarikh: 4 Mac 2012 (Ahad)
Masa: 9.00 - 11.30 pagi
Tempat: SK Taman Melawati (2)

Harap Maklum

PROGRAM KHEMAH IBADAH INSAN KAMIL TAHUN 6 2012

Pihak sekolah akan mengadakan Program Khemah Ibadah Insan Kamil 2012 seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 2 - 3 Mac 2012 (Jumaat - Sabtu)
Masa: 4.00 petang Jumaat - 11.30 tengah hari Sabtu
Tempat: SK Taman Melawati 2

Satu ceramah keibubapaan akan diadakan yang berkisar tentang hakikat dan peranan ibubapa dalam melahirkan genarasi yang cemerlang serta diberkati Allah. Program akan dijalankan pada jam 8.00 pagi 3 Mac 2012.

Pihak sekolah berbesar hati kiranya pihak Dato'/Datin/Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai bagi menampung perbelanjaan makan dan minum sepanjang program itu yang dianggarkan berjumlah RM4380.00.

Segala jasa baik dan sumbangan ikhlas pihak Dato'/Datin/Tuan/Puan, didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Segala sumbangan boleh diserahkan kepada Guru Kelas, Penyelaras Program atau Penyalaras Tahun 6.

Ustaz Hairizan - 013 - 201 0840
Encik Tuan Ismail - 017- 3010 889

Harap maklum

16.2.12

JADUAL PKSR (1) 2012

Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (1) 2012 akan dijalankan pada ketetapan berikut:

TAHAP 1 (Tahun 3)

ISNIN
27 Feb 2012
1.30 - 2.20 petang (50 minit) - Bahasa Malaysia Pemahaman
4.30 - 5.30 petang (1 jam) - Pendidikan Islam/Moral

SELASA
28 Feb 2012
1.30 - 2.45 petang (1 jam 15 minit) - Bahasa Malaysia Penulisan
4.30 - 5.30 petang (1 jam) - Matematik Tahun 1

RABU
29 Feb 2012
1.20 - 2.20 petang (1 jam) - Bahasa Inggeris
2.30 - 3.10 petang (40 minit) - Matematik Kertas 2
4.30 - 5.30 petang (1 jam) - Bahasa Arab

KHAMIS
1 Mac 2012
1.15 - 2.30 petang (1 jam 15 minit) - Sains
4.15 - 5.15 petang (1 jam) - Pendidikan Jasmani & Kesihatan
5.30 - 6.30 petang (1 jam) - Pendidikan Visual


TAHAP 2 (Tahun 4, 5 dan 6)

ISNIN
27 Feb 2012
8.00 - 8.50 pagi (50 minit) - Bahasa Malaysi pemahaman
9.00 - 9.40 pagi (40 minit) - Matematik Kertas 2
11.15 - 12.30 tgh (1 jam 15 minit) - Bahasa Malaysia penulisan

SELASA
28 Feb 2012
7.50 - 9.05 pagi (1 jam 15 minit) - Sains
9.10 - 10.00 pagi (50 minit) - Bahasa Inggeris Kertas 1
11.15 - 12.30 (1 jam 15 minit) - Bahasa Inggeris Kerta 2

RABU
29 Feb 2012
8.00 - 9.00 pagi (1 jam) - Matematik Kertas 1
10.10 - 11.00 pagi (1 jam) - Bahasa Arab Tahun 4 & 5
11.30 - 12.30 (1 jam) - Kemahiran Hidup

KHAMIS
1 Mac 2012
8.00 - 9.00 pagi (1 jam) - Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
10.10 - 11.10 pagi (1 jam) - Kajian Tempatan
11.30 - 12.30 tgh (1 jam) - Pendidikan Seni & Visual

JUMAAT
2 Feb 2012
8.00 - 9.00 pagi (1 jam) - Pendidikan Islam/Moral
9.10 - 10.10 pagi (1 jam) - Pendidikan Muzik
11.00 - 12.00 tgh (1 jam) - Pedidikan Jasmani & Kesihatan

Sebelum dan selepas waktu peperiksaan, sila ikut jadual harian biasa.
Waktu balik sesi pagi dan petang adalah seperti jadual biasa.

Harap maklum

9.2.12

Program Khas dan kelas Bimbingan UPSR Januari - Mei 2012

Pihak sekolah SKTM2 akan mengadakan Program Khas dan Kelas Bimbingan UPSR seperti ketetapan berikut;

A. Kelas Bimbingan Hari Sabtu:

1. 28 Jan 2012 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.00 tengah hari)
2. 11 Feb 2012 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.00 tengah hari)
3. 10 Mac 2012 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.00 tengah hari)
4. 24 Mac 2012 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.00 tengah hari)
5. 14 April 2012 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.00 tengah hari)
6. 21 April 2012 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.00 tengah hari)
7. 12 Mei 2012 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.00 tengah hari)
8. 19 Mei 2012 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.00 tengah hari)

B. Kelas Intensif Cuti Sekolah:

1. Cuti Pertengahan Penggal Satu:
12, 13 dan 14 Mac 2012 (Isnin, Selasa dan Rabu) (8.00 pagi - 12.00 tengah hari)

2. Cuti Pertengahan Tahun
28, 29, 30 dan 31 Mei 2012 (Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis) (8.00 pagi - 12.00 tengah hari).

Murid-murid yang tidak dapat menghadirkan diri, diminta memberikan surat tunjuk sebab kepada penyelaras Tahun 6 2012

Harap maklum.

Road Run 2012

Pihak sekolah akan mengadakan Acara Road Run Peringkat Sekolah bagi Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) pada ketetapan berikut;

Tarikh: 25 Februari 2012 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Dataran Perhimpunan SKTM2

Jadual latihan seperti berikut:

Isnin (13 & 20 Feb 2012) - Rumah Biru
Selasa (14 & 21 Feb 2012) - Rumah Hijau
Rabu (15 & 22 feb 2012) - Rumah Merah
Khamis (16 & 23 feb 2012) - Rumah Ungu
Jumaat (17 & 24 Feb 2012) - Rumah Kuning

Masa Latihan: 4.00 petang hingga 6.00 petang

Semua murid Tahap 2 adalah terlibat.

Para ibu bapa/penjaga yang berminat adalah dijemput untuk menyertai acara Road Run bagi kategori ibu bapa/penjaga pada 25 Feb 2012 tersebut. Yuran penyertaan RM10. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada hari Rabu 22 Feb 2012.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Sharizal 019 270 5037

Harap maklum.

Mesyuarat PIBG SKTM 2 Kali ke-17 (2012)

Mesyuarat Agong PIBG kali ke-17 akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh: 18 Februari 2012
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Gemilang SKTM2

Para ibu bapa dijemput hadir.

Sekian untuk makluman.

9.1.12

BAYARAN AKTIVITI TAHUN 6 2012

Satu perjumpaan ibu bapa yang telah diadakan pada 7 Januari 2012 telah sebulat suara menetapkan bayaran Aktiviti Tahun 6 2012 sebanyak RM200 setahun.

Dengan itu, semua murid tahun 6 diminta menjelaskan bayaran tersebut sama ada secara tunai atau ansuran sehingga bulan Ogos 2012 nanti.

Bayaran ini akan digunakan untuk menjalankan semua aktiviti tahun 6 di samping pembelian buku-buku kerja, kertas-kertas dan bahan-bahan sokongan untuk memantapkan lagi persediaan murid menghadapi UPSR 2012.

Segala kerjasama daripada pihak ibu bapa, didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Harap maklum

4.1.12

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6 2012

Sukacita dimaklumkan, Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 7 JANUARI 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan SK. Taman Melawati 2

Ibu bapa/Penjaga akan diberikan taklimat mengenai pengisian program tahun 6 untuk memudahkan pihak sekolah dan ibu bapa memastikan murid-murid bersedia menghadapi UPSR 2012.

Diharapkan pihak tuan/puan dapat hadir ke majlis ini demi kecemerlangan anak-anak tuan/puan dalam UPSR 2012.

Sekian, terima kasih