27.6.12

HARI MESRA AKADEMIK IBU BAPA BERSAMA GURU

Pihak ibu bapa/penjaga dijemput hadir untuk menerima keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 pada hari Rabu bersamaan 4 Julai 2012

Jadual ambilan buku rekod kemajuan sesi pagi untuk Tahun 4, 5 dan 6

7.40 pagi - 11.00 pagi Pengajaran seperti biasa
11.00 - 1.00 tengah hari Perjumpaan ibu bapa di kelas anak masing-masing

Jadual ambilan buku rekod kemajuan sesi petang untuk Tahun 1, 2 dan 3

1.00 - 4.00 petang Pengajaran seperti biasa
4.00 - 6.00 petang Perjumpaan ibu bapa di kelas anak masing-masing

Kerjasama semua ibu bapa/penjaga adalah dipohon supaya:

1. Mematuhi peraturan yang ditetapkan
2. Meletakkan kenderaan di luar kawasan sekolah serta mematuhi arahan pengawal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
3. Mengambil nombor giliran dari guru kelas.
4. Tidak mengambil masa terlalu panjang ketika berbincang dengan guru.
5. Tidak mewakilkan kepada orang lain yang tidak ada hubungan persaudaraan dan sekiranya terpaksa diwakilkan hendaklah mengemukakan surat proksi.
6. Dibenarkan membawa anak pulang selepas majlis tetapi sekiranya tiada keperluan semua murid dibenarkan pulang seperti waktu persekolahan biasa.
7. Berpakaian sopan yang bersesuaian dan berseluar pendek tidak dibenarkan sama sekali.
8. Mematuhi peraturan sekolah termasuk larangan merokok.

Harap maklum

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN SK TAMAN MELAWATI 2 2012

Dimaklumkan, SK Taman Melawati 2 akan mengadakan Kejohanan Padang Dan Balapan 2012 pada ketetapan berikut:

Tarikh: 30 Jun 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Stadium Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak

Bagi murid-murid yang terlibat, sila maklumkan kehadiran ke stadium tersebut melalui borang bancian yang disediakan melalui muat turun. Sila kembalikan borang tersebut selewat-lewatnya pada hari Khamis 28 Jun 2012 kepada Encik Sharizal Abdul Karim di talian 019-2705037

Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan sukan tahunan kali ini.

Terima Kasih.

Download Surat dan Borang Bancian


Lokasi





17.6.12

PROGRAM KHAS DAN KELAS BIMBINGAN UPSR JUN - SEPT. 2012

Kelas Bimbingan UPSR akan dijalankan seperti jadual berikut

1. 23 Jun 2012 (Sabtu 8.00 - 12 tengah hari)
2. 7 Julai 2012 (Sabtu 8.00 - 12 tengah hari)
3. 14 Julai 2012 (Sabtu 8.00 - 12 tengah hari)
4. 28 Julai 2012 (Sabtu 8.00 - 12 tengah hari)
5. 4 Ogos 2012 (Sabtu 8.00 - 12 tengah hari)
6. 11 Ogos 2012 (Sabtu 8.00 - 12 tengah hari)
7. 8 September 2012 (Sabtu 8.00 - 12 tengah hari)
8. 9 September 2012 (Sabtu 8.00 - 12 tengah hari)

Gerak Gempur UPSR

Fasa 1:
18 - 18 Jun 2012
(7.40 - 1.00 petang)

Fasa 2:
2 - 13 Julai 2012
(7.40 - 1.00 petang)

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan terkini bentuk-bentuk soalan kepada murid-murid Tahun 6 sebagai persiapan menghadapai UPSR 2012.

Adalah diharap pihak tuan/puan dapat mempastikan kehadiran anak tuan/puan menghadiri semua program yang dirancang.

Murid-murid yang tidak dapat menghadirkan diri, diminta memberikan surat tunjuk sebab kepada penyelaras Tahun6 2012.

Harap maklum

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK TAMAN MELAWATI 2 2012

SUKANTARA

Tarikh: 19, 20 & 21 Jun 2012
Hari: Selasa (Tahun 4), Rabu (Tahun 5) & Khamis (Tahun 6)
Masa: 8.00 - 11.00 pagi
Tempat: Padang SKTM2

Senarai acara yang dipertandingkan
1. Lontar peluru Kelas 4/5/6 (Lelaki & Perempuan)
2. Lompat Jauh Kelas 4/5/6 (Lelaki & Perempuan)
3. 100 meter Kelas 4/5/6 (Lelaki & Perempuan)

AKHIR ACARA PADANG & ACARA BALAPAN

Tarikh: 25 & 26 Jun 2012
Hari: Isnin (Tahun 4, 5 & 6), Selasa (80 meter berpagar Tahun 4, 5 & 6) (lelaki dan perempuan), Tarik tali terbuka (lelaki & perempuan)
Masa: 8.00 - 11.00 pagi
Tempat: Padang SKTM2

Senarai acara yang dipertandingkan
1. Lontar peluru Kelas 4/5/6 (lelaki & perempuan)
2. Lompat jauh Kelas 4/5/6 (lelaki & perempuan)
3. Lompat tinggi Kelas 4/5/6 (lelaki & perempuan)
4. 80 meter berpagar Kelas 4/5/6 (lelaki & perempuan)
5. Tarik tali Kelas terbuka (lelaki & perempuan)

SARINGAN & SEPARUH AKHIR ACARA BALAPAN

Tarikh: 27 Jun 2012
Hari: Rabu
Masa: 2.00 - 6.00 petang
Tempat: STADIUM UIAM, SUNGAI PUSU, GOMBAK

LATIHAN RAPTAI PERBARISAN, PERBARISAN LINTAS HORMAT & MEMBACA IKRAR KEJOHANAN

Tarikh: 28 Jun 2012
Hari: Khamis
Masa: 8.00 - 11.00 pagi
Tempat: Padang SKTM2

PERSIAPAN TERAKHIR UNTUK KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKTM2

Tarikh: 29 Jun 2012
Hari: Jumaat
Masa: Mengikut kesesuaian rumah sukan & masa

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2012

Tarikh: 30 Jun 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 - 2.00 petang
Tempat: STADIUM UIAM, SUNGAI PUSU, GOMBAK


* Jika terdapat sebarang perubahan tarikh, akan diberitahu kelak dari semasa ke semasa