7.4.13

PINDAH

Assalamualaikum

Kepada semua 'Pengikut' dan pengunjung setia blog mysktm2.blogspot.com ini, dimaklumkan kami telah berpindah ke alamat baharu. Ini adalah di atas sebab-sebab yang tertentu. Pihak WM memohon kemaafan atas segala kesulitan. WM berharap, 'Pengikut' serta pengunjung setia blog sktm2 sejak empat tahun lepas, terus mengikuti perkembangan-perkembangan terkini sktm2 dari semasa ke semasa di alamat baharu tersebut. Walaubagaimanapun, laman baharu tersebut masih dalam proses pengisian dan kemas kini, maklum balas membina daripada pengunjung, sangat diperlukan.

WM

Layari
www.mysktm2.com

4.4.13

Kelas Bimbingan UPSR 2013


Kelas Bimbingan UPSR akan diadakan pada 6 April 2013 (Sabtu).

Harap maklum


1.4.13

Markah PKSR (1) 2013

Markah PKSR (1) 2013 Tahun 4, 5 & 6 sudah boleh diakses melalui laman SAPS
(update)

Klik sini


18.3.13

KELAS PERKAMPUNGAN ILMU TAHUN 6

Program Perkampungan Ilmu Tahun 6 akan diadakan selama tiga hari iaitu pada 25, 26 dan 27 Mac 2013 (Isnin, Selasa dan Rabu).

Harap maklum


KEM IBADAH

Semua murid Tahun 6 dikehendaki hadir untuk Kem Ibadah pada 22 dan 23 Mac 2013 (Jumaat dan Sabtu).

Harap maklum


CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA 2013

Sekolah akan bercuti selama seminggu mulai 23 Mac 2013 hingga 31 Mac 2013.

Harap maklum


14.3.13

KELAS BIMBINGAN UPSR

Dimaklumkan, esok 16 Mac 2013 akan diadakan Kelas Bimbingan UPSR.

Harap maklum


HEBAHAN PERMOHONAN PENDAFTARAN UNTUK KEMASUKAN KANAK-KANAK TAHUN KELAHIRAN 2007 DAN 2008 KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2014 DAN 2015

Pihak sekolah ingin memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga bahawa Permohonan Murid Tahun 1 di Negeri Selangor boleh dibuat secara online melalui laman web Jabatan Pelajaran Selangor. Permohonan ini telah dibuka kepada orang ramai mulai 1 Mac 2013 hingga 30 April 2013 (kelahiran pada 2 Januari 2007 - 1 Januari 2008 sesi persekolahan 2014 dan 2 Januari 2008 - 31 Disember 2008 sesi persekolahan 2015).

Laman web Jabatan Pelajaran Selangor
Laman web pendaftaran Tahun 1

Harap maklum


12.3.13

Mendapatkan Markah Peperiksaan Murid


Masih ramai ibu bapa yang tidak tahu bagaimana cara mendapatkan markah peperiksaan anak-anak melalui laman 'Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah'.
Ikuti langkah-langkah di bawah...

Taip ‘SAPS’ pada Google Search
Klik 'Semak Slip Peperiksaan'


Masukkan No KP/Sijil Lahir  (murid)
Pilih ‘Sekolah Rendah’
Pilih ‘Tahun’
Klik ‘Semak Laporan’



Selamat mencuba

Soalan-soalan Interaktif UPSR

Download dan cuba try test

1. Petikan
2. Simpulan Bahasa
3. Peribahasa
4. Lawan Kata
5. Kata Seerti
6. Permainan Susun Huruf
7. Teka Silang Kata

Nantikan yang lainnya dari semasa ke semasa.



5.3.13

SEKOLAH GANTI HARI SABTU

Sabtu 9 Mac 2013 adalah sekolah ganti bagi cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Semua murid akan hadir ke sekolah mengikut jadual  hari Khamis. Kelas Tambahan UPSR pada tarikh tersebut, DIBATALKAN.

Harap maklum



3.3.13

PEPERIKSAAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (1) 2013

Untuk makluman, PKSR (1) 2013 Tahap 2 akan bermula pada 8 Mac 2013 (Jumaat) hingga 15 Mac 2013.

Harap maklum

Download jadual PKSR (1) 2013



3.2.13

Cuti Hari Raya Cina 2013

Cuti Hari Raya Cina mulai 9 Februari 2013 (Sabtu) hingga 17 Februari 2013 (Ahad) - 9 hari

Harap maklum


Kelas Bimbingan UPSR

Kelas Bimbingan UPSR 2013 akan diadakan pada 9 Februari (Sabtu)


LATIHAN RUMAH SUKAN UNTUK ACARA 'ROAD RUN' 2013

SK Taman Melawati 2 akan mengadakan acara 'Road Run' 2013 pada ketetapan berikut:

Tarikh: 23 Februari 2013
Hari: Sabtu
Masa: 7.30 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SK Taman Melawati 2

Jadual latihan adalah mulai 5, 6, 7, 19, 20 dan 21 Februari 2013.

Selasa (5 & 19 Februari 2013) - Rumah Sukan Kuning & Merah
Rabu (6 & 20 Februari 2013) - Rumah Sukan Biru
Khamis (7 & 21 Februari 2013) - Rumah Sukan Hijau & Ungu

Masa latihan: 4.30 hingga 6.00 petang

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Sharizal Abdul Karim 019 270 5037

Harap maklum

16.1.13

KELAS BIMBINGAN UPSR 2013 PADA HARI SABTU


Kelas Bimbingan UPSR Hari Sabtu akan bermula pada hari Sabtu 19 Januari 2013 mulai jam 8.00 pg hingga 12.00 tgh.

Murid-murid yang tidak menghadirkan diri, diminta memberikan surat tunjuk sebab kepada penyelaras Tahun 6 2013.

Harap maklum


Ralat

Berlaku kesilapan pada jadual Ujian Diagnostik

Harap maaf


14.1.13

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTM (2) KALI KE-18

Mesyuarat Agung PIBG SKTM (2) kali ke-18 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 2 Februari 2013
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pg - 12.00 tgh

Agenda:

Ucapan YDP
Mengesah dan menerima minit Mesyuarat Agung Kali ke-17
Membentang dan menerima Laporan Tahunan 2012/2013
Pembubaran AJK PIBG 2012/2013
Perlantikan AJK PIBG 2013/2014
Perbincanagn usul dan cadangan
Hal-hal lain
Ucapan penangguhan mesyuarat sesi 2013/2014

Harap maklum

10.1.13

UJIAN DIAGNOSTIK TAHUN 5 & 6 2013

Ujian Diagnostik untuk Tahun 5 & 6 akan dijalankan mulai 15 Januari 2013 hingga 17 Januari 2013.

Harap maklum

Download jadual Ujian Diagnostik


BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN - RM100 setiap murid

Pihak sekolah telah mengatur jadual pengagihan bantuan tersebut seperti berikut:

Tahun 6  (15 Januari 2013 / 10.00 pg hingga 12.00 tgh / di dewan sekolah)
Tahun 5  (16 Januari 2013 / 10.00 pg hingga 12.00 tgh / di dewan sekolah)
Tahun 4  (17 Januari 2013 / 10.00 pg hingga 12.00 tgh / di dewan sekolah)
Tahun 3  (15 Januari 2013 / 2.00 - 4.00 ptg / di dewan sekolah)
Tahun 2  (16 januari 2013  / 2.00 - 4.00 ptg / di dewan sekolah)
Tahun 1  (17 Januari 2013  / 10.00 pg - 12.00 tgh / di dewan sekolah)
Pendidikan Khas (15 Januari 2013  / 10.00 pg - 12.00 tgh /di Kelas Pendidikan Khas)

Ibu bapa dijemput hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan dengan mengemukakan SURAT BERANAK/MYKID YANG ASAL. Pengambilan Bantuan Khas tidak boleh diwakilkan dan surat beranak/mykid asal sahaja diterima.

Ibu bapa yang mempunyai anak lebih daripada seorang, boleh hadir mengambil bantuan tersebut mengikut jadual anak yang terkecil, misalnya anak ada di Tahun 6 & Tahun 1, sila hadir mengikut jadual anak di Tahun 1.

Harap maklum

Download surat pekeliling


CUTI SEMPENA MAULIDUR RASUL

Sempena sambutan Maulidur Rasul, sekolah akan bercuti pada hari Khamis 24 Januari 2013. Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada hari Jumaat 25 Januari 2013.

Harap maklum

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2013

Pihak sekolah akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada hari Jumaat 1 Februari 2013. Semua murid dibenarkan memakai pakaian kebangsaan yang bersesuaian pada hari tersebut. Waktu persekolahan adalah seperti biasa. Bagi murid Bukan Islam, aturcara Pendidikan Moral akan dilaksanakan dan dibenarkan memakai pakaian kebangsaan jika berminat.

Harap maklum

CUTI SEMPENA THAIPUSAM

Sempen sambutan Thaipusam 2013, sekolah akan bercuti pada hari Isnin 28 Januari 2013 menggantikan cuti umum yang jatuh pada hari Ahad sebelumnya. Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada hari Selasa 29 Januari 2013.

Harap maklum

CUTI UMUM TAHUN BARU CINA

Cuti gantan sempena Tahun Baru Cina adalah seperti berikut:

Cuti Umum 11 & 12 Februari 2013 (tidak perlu ganti)
Cuti Peristiwa 13 Februari 2013 (tidak perlu ganti)
Cuti ganti 14 Februari 2013 (tarikh ganti: 26 Januari 2013)
Cuti ganti 15 Februari 2013 (tarikh ganti: 27 April 2013)

Harap maklum


3.1.13

PERJUMPAAN WARIS PELAJAR TAHUN 6 2013

Satu Majlis Perjumpaan Waris Pelajar Tahun 6 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 5 Januari 2013
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan SKTM2

Diharapkan para ibu bapa/penjaga dapat hadir ke majlis ini demi kecemerlangan anak / jagaan tuan/puan.

Harap maklum

WAKTU PERSEKOLAHAN HARI JUMAAT

Waktu pulang pada hari Jumaat sesi pagi adalah pada jam 12.15 tengah hari.

Harap maklum
SELAMAT TAHUN BARU 2013