26.4.12

SUKANEKA (SUKAN MINI) TAHAP 1

Sukaneka Tahap 1 akan dijalankan pada;

Hari: 29 April 2012 (Ahad)
Tempat: Padang SM Melawati
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang

SK Taman Melawati 2 akan bercuti pada 30 April 2012 (Isnin)

Harap maklum

19.4.12

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 akan dijalankan bermula 7 Mei 2012

Harap maklum

9.4.12

MAKLUMAT AKTIVITI LATIHAN RUMAH SUKAN SERTA KEJOHANAN SUKAN MINI & SUKANEKA

Tarikh: 29 April 2012
Hari: Ahad
Masa: 7.30 hingga 1.00 petang
Tempat: S.K. Taman Melawati 2


Semua murid Tahun 2 & 3 dikehendaki memakai pakaian sukan yang lengkap mengikut rumah sukan masing-masing. Murid-murid Tahun 1 dikehendaki memakai pakaian sukan atau pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti latihan sukan mini & sukaneka.

Harap maklum




2.4.12

PENDAFTARAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012

Tarikh: 6-8 April 2012 (Jumaat-Ahad)

Jumaat Petang

3.00: pendaftaran
4.00: Bertolak ke Dusun Eco Resort
5.00: Dijangka tiba di lokasi

Para ibu bapa/penjaga hanya dibenarkan menghantar murid di SKTM2 sahaja.

Antara peralatan yang perlu dibawa:

1. Alat kebersihan diri (berus gigi, ubat gigi, sabun, sikat, kain basahan & tuala mandi)
2. Ubat-ubatan peribadi (cth. Inhaeler)
3. Lampu suluh
4. Buku log/buku nota
5. Baju Seragam Unit Beruniform yang lengkap
6. Selipar/kasut (cth.kasut sukan @ kasut sekolah)
7. Selimut/sleeping bag (jika ada)
8. Baju sejuk/baju hujan (jika ada)
9. Pakaian solat
10. Plastik (untuk baju kotor @ basah)

Peralatan yang tidak boleh dibawa:

1. Handphone
2. Barang kemas
3. Benda-benda tajam @ berbahaya

Harap maklum

TARIKH PEPERIKSAAN UPSR 2012

TARIKH PEPERIKSAAN UPSR 2012 bermula pada 11 hingga 13 September 2012 (Selasa, Rabu dan Khamis)


Harap maklum