16.4.10

Apa itu mesyuarat.

Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu dan apabila engkau telah berazam, maka bertakwalah kepada Allah. ”

(Ayat 159, Surah Al-Imran)

Dalam ajaran Islam, mesyuarat merupakan satu perintah Allah s.w.t. seperti yang tersebut dalam Firman-Nya yang tersebut di atas. Dalam firman tersebut , jelaslah bahawa bermesyuarat memang penting dalam amalan kehidupan masyarakat Islam.

Jadi, apakah sebenarnya mesyuarat?

Mesyuarat ialah satu aktiviti yang berdasarkan komunikasi dua hala antara individu dalam situasi formal. Mesyuarat diadakan dengan tujuan untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat, menyelesaikan masalah berbangkit, membuat keputusan, memberikan maklumat dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak.

Mesyuarat yang baik dikendalikan dalam suasana yang baik, bersopan dan beradab. Semua butir percakapan akan direkodkan untuk semakan, rujukan dan tindakan selanjutnya. Kejayaan sesuatu mesyuarat itu pula banyak bergantung pada persediaan dan penglibatan ahli-ahli yang hadir, sama ada sebagai pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli biasa atau ahli yang diundang.

14.4.10

Maklumat Tambahan Berkenaan Mesyuarat Agung Tergempar PIBG

Pendaftaran : 9.00 hinga 10.00 pagi
(pintu masuk akan ditutup pada jam 10.00)

Aturcara pendaftaran

9.00 hingga 10.00 pagi : Pendaftaran
10.00 pagi : Bacaan doa
Ucapan pendaftar
Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2010
Ucapan Penutup
Bersurai


9.4.10

Ralat Takwim Persekolahan 2010

Cuti Pertengahan Tahun 2010
5 Jun 2010 (Sabtu) - 20 Jun 2010 (Ahad)

Notis Mesyuarat Agung Luar Biasa PIBG

Tarikh : 18 April 2010
Hari : Ahad
Tempat : Dewan SKTM2
Masa : 9.00
Agenda : Pemilihan semula AJK PIBG SKTM2 sesi 2010/2011

Sila bawa perkara berikut untuk tujuan pendaftaran;
1. Kad pengenalan
2. Kad pengenalan dan surat beranak (anak)
3. Surat penjagaan yang sah dari Jabatan Pendaftaran Negara (cth; anak angkat).
Sebarang surat akuan sumpah adalah tidak diterima.

6.4.10

Perjumpaan Ibu bapa Murd Tahun 4

Perjumpaan khas untuk ibu bapa murid Tahun 4 2010 akan dijadualkan seperti berikut:-

Tarikh : 10 April 2010
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan SKTM2
Masa : 8.00 - 10.00 pagi

Semua ibu bapa murid tahun 4 dijemput hadir