25.3.12

SISTEM ANALISA PEPERIKSAAN SEKOLAH

SISTEM ANALISA PEPERIKSAAN SEKOLAH di bawah NKRA masih dalam proses pembaikan. Justeru itu akan terdapat beberapa kesalahan dalam analisa peperiksaan PKSR (1) 2012 tersebut (seperti contohnya, jumlah markah tidak betul dan sebagainya). Para ibu bapa/penjaga diharap login Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah tersebut dari masa ke semasa.

Harap maklum

21.3.12

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2012

Tarikh: 6, 7 & 8 April 2012 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat: Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang
Penyertaan: 120 orang murid. 30 Guru Pengiring
Bayaran: RM 100.00 (untuk menampung tambang pengangkutan pergi dan balik, baju dan hadiah sukaneka)

Borang kebenaran ibu bapa/penjaga boleh didapati daripada Setiausaha Perkhemahan Tahunan, Encik Ahmad Syakirin.
Kembalikan borang tersebut kepada beliau selewat-lewatnya pada 30 Mac 2012.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Encik Ahmad Syakirin (012 534 1187).

AKTIVITI KO KURIKULUM 2012

Tarikh: 24 Mac 2012 (Sabtu)

Masa:
8.00 - 9.00 pagi (Sukan & Permainan)
9.00 - 10.00 pagi (Unit Beruniform)
10.30 - 11.30 pagi (Kelab & Persatuan)

Kehadiran dimestikan

Harap maklum

17.3.12

PEMBERITAHUAN

Sekolah akan dibuka semula pada 19 Mac 2012 (Isnin)

Harap maklum

7.3.12

HEBAHAN PERMOHONAN PENDAFTARAN UNTUK KEMASUKAN KANAK-KANAK TAHUN KELAHIRAN 2006 DAN 2007 KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2013 DAN 2014

Pihak ibu bapa/penjaga boleh membuat Kemasukan Murid Tahun 1 di Negeri Selangor secara online. Permohonan ini dibuka kepada orang ramai pada 1 Mac hingga 30 April 2012 (kelahiran pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007 sesi persekolahan 2013 dan 2 Januari 2007 hingga 1 januari 2008 sesi persekolahan 2014).


Lawan web JPN Selangor





Ibu bapa/penjaga adalah diingatkan agar membaca peraturan dengan teliti dan memasukkan maklumat dan kod-kod dengan betul. Kesilapan mengisi borang akan menyebabkan permohonan gagal.



Harap maklum.

1.3.12

KEPUTUSAN PKSR (1) 2012

Para ibu bapa/penjaga boleh mendapatkan markah PKSR (1) 2012 melalui link di bawah mulai 6 Mac 2012 (dari masa ke semasa).

http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Harap maklum