Jadual ambilan buku rekod kemajuan sesi pagi untuk Tahun 4, 5 dan 6
7.40 pagi - 11.00 pagi  Pengajaran seperti biasa
11.00 - 1.00 tengah hari  Perjumpaan ibu bapa di kelas anak masing-masing
Jadual  ambilan buku rekod kemajuan  sesi petang untuk Tahun 1, 2 dan 3
1.00 - 4.00 petang  Pengajaran seperti biasa
4.00 - 6.00 petang Perjumpaan ibu bapa di kelas anak masing-masing
Kerjasama semua ibu bapa/penjaga adalah dipohon supaya:
1. Mematuhi peraturan yang ditetapkan
2. Meletakkan kenderaan di luar kawasan sekolah serta mematuhi arahan pengawal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
3. Mengambil nombor giliran dari guru kelas.
4. Tidak mengambil masa terlalu panjang ketika berbincang dengan guru.
5. Tidak mewakilkan kepada orang lain yang tidak ada hubungan persaudaraan dan sekiranya terpaksa diwakilkan hendaklah mengemukakan surat proksi.
6. Dibenarkan membawa anak pulang selepas majlis tetapi sekiranya tiada keperluan semua murid dibenarkan pulang seperti waktu persekolahan biasa.
7. Berpakaian sopan yang bersesuaian dan berseluar pendek tidak dibenarkan sama sekali.
8. Mematuhi peraturan sekolah termasuk larangan merokok.
Harap maklum



