Harap maklum
31.7.12
CUTI ULANGTAHUN KEMERDEKAAN 2012
Sekolah akan bercuti pada hari JUMAAT 31 Ogos 2012. Semua murid perlu hadir seperti biasa pada hari ISNIN 3 September 2012.
CUTI UMUM HARI RAYA IDIL FITRI 1433H
Tiada cuti tambahan. Sekiranya ada perubahan, pihak sekolah akan memaklumkannya kemudian.
Harap maklum
CUTI PERSEKOLAHAN PERTENGAHAN PENGGAL KEDUA
Sekolah akan bercuti selama satu minggu mulai hari SABTU 18 Ogos 2012 sehingga hari AHAD 26 Ogos 2012. Semua murid perlu hadir semula ke sekolah pada hari ISNIN 27 Ogos 2012. Pejabat sekolah akan beroperasi seperti biasa pada 22 hingga 24 Ogos 2012.
Harap maklum
CUTI UMUM NUZUL AL QURAN
Dimaklumkan sekolah akan bercuti pada hari ISNIN bersamaan 6 Ogos 2012. Semua murid perlu hadir seperti biasa pada hari Selasa 7 Ogos 2012
Harap maklum
20.7.12
19.7.12
WAKTU PERSEKOLAHAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN 2012
Tahun 1, 2 dan 3
ISNIN 1.00 - 5.30 ptg
SELASA 1.00 - 5.30 ptg
RABU 1.00 - 5.30 ptg
KHAMIS 1.00 - 5.30 ptg
JUMAAT 2.10 - 5.30 ptg
Tahun 4, 5 dan 6
ISNIN 7.40 - 1.00 ptg
SELASA 7.40 - 1.00 ptg
RABU 7.40 - 1.00 ptg
KHAMIS 7.40 - 1.00 ptg
JUMAAT 7.40 - 12.00 tgh
Kelas tasmik di luar Pengajaran dilaksanakan seperti biasa
Kelas Prasekolah dan pendidikan Khas tidak ada sebarang perubahan
Semua aktiviti kokurikulum dan sukan adalah ditangguhkan sepanjang bulan Ramadhan. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani akan dilaksanakan secara teori di bilik darjah. Murid-murid sesi pagi tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah (stay back) selepas waktu persekolahan tanpa kebenaran Guru Besar.
Harap maklum
16.7.12
PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH 2 2012 & PERCUBAAAN UPSR DAERAH
Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) 2 2012 & Percubaan UPSR Daerah akan dijalankan pada ketetapan berikut:
Tarikh:
23 Julai 2012 hingga 27 Julai 2012 (Tahap 1 - Tahun 3)
24 Julai 2012 hingga 31 Ogos 2012 (Tahap 2 - Tahun 4 & 5)
24 Julai 2012 hingga 26 Julai 2012 (Percubaan UPSR Daerah)
Harap maklum
8.7.12
DURIAN FEST ANJURAN PIBG SKTM2
Pihak PIBG menjemput semua ibu bapa/penjaga berserta keluarga untuk menghadiri Program Durian Fest Amal yang akan diadakan pada:


Tarikh: 14 Julai 2012 (Sabtu)
Masa: 8.30 hingga 2.00 petang
Tempat: Padang SKTM2
Datanglah beramai-ramai sambil menyokong program-program amal anjuran PIBG yang mana dana yang terkumpul akan dapat memberi manfaat kepada seluruh warga SKTM2.
Harap maklum
SESI PENERANGAN BERKAITAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN
Sesi penerangan berkaitan KSSR, PBS, MBMMBI, LINUS serta Dialog Pendidikan Nasional akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 14 Julai (Sabtu)
Masa: 9.00 hingga 10.00 pagi
Tempat: Dewan SKTM2
Ibu bapa/penjaga yang berminat dipersilakan hadir. Ibu bapa/penjaga dipohon mengembalikan slip jawapan kehadiran melalui Guru Kelas pada atau sebelum 12 Julai 2012.
Harap maklum
KEM BESTARI SOLAT SIRI KE-3 2012
Kem Bestari Solat akan dijalankan bagi murid-murid beragama Islam Tahun 4 dan 5 pada ketetapan berikut:
Tarikh: 14 Julai (Sabtu)
Masa: 7.40 hinga 12.00 tgh
Tempat: SK Taman Melawati 2
Semua murid perlu memakai pakaian sukan kerana mereka perlu menjalani beberapa latihan amali.
Harap maklum
1.7.12
UJIAN PERCUBAAN UPSR 2012
Ujian Percubaan UPSR 2012 akan dijalankan pada ketetapan berikut:
- 10, 11 & 12 Julai 2012 (Selasa, Rabu & Khamis)
2. Negeri Selangor
- 24, 25 & 26 Julai 2012 (Selasa, Rabu & Khamis)
Harap maklum
SENAMROBIK SKTM2 TAHAP 2 (TAHUN 4, 5 & 6) BERSAMA IBU BAPA
SKTM2 akan mengadakan Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia.
TAHAP 2 (TAHUN 4, 5 & 6)
Tarikh: 10 Julai 2012 (Selasa)
Tempat: Dataran Perhimpunan SKTM2
Masa: 7.30 hingga 9.00
Pakaian Murid: Baju sukan (Murid diwajibkan)
Pakaian Guru: T-Shirt Hijau Sukan Tahunan 2012
Pakaian Ibu bapa: Pakaian yang sesuai
Para ibu bapa dijemput turut serta bagi memeriahkan acara senamrobik tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi (Encik Muhamad Kamarul 013 602 1303)
Harap maklum
Langgan:
Catatan (Atom)