28.6.11

PROGAM LARIAN MURID 1 MURID 1 MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan SK Taman Melawati (2) akan mengadakan program Larian 1 Murid 1 Malaysia seperti berikut:

Tarikh: 2 Julai 2011 (Sabtu)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: SK Taman Melawati (2)

Kahadiran semua murid adalah dimestikan kerana hari tersebut dikira hari persekolahan.

Sehubungan itu, sekolah akan bercuti pada 4 Julai (Isnin).

Harap maklum.

16.6.11

PEMBERITAHUAN AKTIVITI LATIHAN RUMAH SUKAN

Dimaklumkan bahawa aktiviti rumah sukan sempena sukan mini murid-murid tahun 2 & 3 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 18 Jun 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Murid-murid dikehendaki memakai pakaian rumah sukan sekolah atau yang bersesuaian.

Murid-murid tahun 2 & 3 dikehendaki hadir pada hari tersebut.

Harap maklum.

HARI TERBUKA SKTM 2 TAHUN 2011

Hari terbuka sekolah bagi mengambil kad pelaporan murid akan diadakan pada:

Tarikh: 25 Jun 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Sekian. Harap maklum

27.5.11

Cuti Pertengahan Tahun 2011

Selamat Bercuti

Sekolah akan dibuka semula pada 13 Jun 2011 (Isnin)

4.5.11

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011

TAHAP 1

Isnin 23 mei 2011
Pendidikan Islam/Moral
Bahasa Arab (bertulis)

Selasa 24 Mei 2011
Bahasa Melayu Pemahaman
Matemati Kertas 2 (Tahun 3)
Matematik (Tahun 1 & 2)
Bahasa Melayu Penulisan

Rabu 25 Mei 2011
Matematik Kertas 2 (Tahun 3)
Pendidikan Seni Visual

Khamis 26 Mei 2011
Sains
Bahasa Inggeris
Pendidikan Jasmani Kesihatan

TAHAP 2

Jumaat 20 mei 2011

Kemahiran Hidup
Kajian Tempatan
Sivik & Kewarganegaraan

Isnin 23 Mei 2011
Pendidikan Islam/Moral
Bahasa Arab (bertulis-Tahun 4)
Pendidikan Seni Visual

Selasa 24 Mei 2011
Bahasa Melayu Pemahaman
Matematik Kertas 2
Bahasa Melayu Penulisan

Rabu 25 Mei 2011
Matematik Kertas 1
Pendidikan Jasmani Kesihatan
Pendidikan Muzik

Khamis 26 Mei 2011
Sains
Bahasa Inggeris Kertas 1
Bahasa Inggeris Kertas 2

22.4.11

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKTM (2) 2011

Temasya Sukan Tahunan SKTM 2 akan berlangsung pada:

Tarikh: 23 April 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 - 1.00 petang
Tempat: Padang SM Taman melawati

Dato, Datin, Tuan, Puan dijemput hadir bagi memeriahkan temasya sukan tahunan Sekolah kita.

Harap maklum

8.4.11

CAR BOOT SALE SKTM (2) 2011

Pihak PIBG SKTM (2) akan menganjurkan program Car Boot Sale 2011.

Tarikh: 7 Mei 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 - 5.00 petang
Tempat: Dataran Ilmu SKTM 2

Aktiviti yang dirancang:

1. Peraduan melukis dan mewarna untuk murid tahap 1 dan 2
2. Persembahan murid - tarian, nyanyian karaoke dan pertandingan pakaian beragam
3. Peraduan meneka bilangan kacang
4. Cabutan bertuah
5. Rumah hantu
6. Pameran 'Belia Benci Dadah', kemalangan jalan raya PDRM, Bomba dan lain-lain
7. Demonstrasi Silat dan Tae Kwon Do
8. Penampilan khas UPIN dan IPIN
9. Pertunjukan khas 'Paramoto'
10. Lain-lain

Tapak Car Boot Sale boleh disewa dengan kadar yang berpatutan mengikut ruang dan lokasi.
Untuk keterangan lanjut, boleh berhubung dengan Encik Hatta 012 283 7857 dan Encik Zulkefli 013 208 8485.

Ibu bapa dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program ini

Harap maklum