Pelbagai acara telah dirancang untuk dimuatkan pada hari tersebut.
Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children's Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.
Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Namun begitu tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).
Objektif Sambutan
Sambuatn Hari Kanak-Kanak SeDunia sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.
Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut tiap-tiap tahun pada mana-mana hari Sabtu dalam bulan Oktober
Lagu Tema Hari Kanak-Kanak SeDunia
                                                 di dunia ini
                                                 kau berikan kami
                                                 pengertian, perlindungan
                                                 tidak kenal bangsa atau rupa
                                                 semua tidak berbeza 
dipersada kini
                                                 kau teguhkan kini
                                                 perpaduan, kedamaian
                                                 kami tersenyum, kami gembira
                                                 hilang duka dan derita
curahkan belaian mesra
                                                 berikan kami pendidikan mulia
                                                 ada rasa cinta
                                                 sesama insan serata dunia
                                                 berilah sinar harapan
                                                 bimbinglah kami semua
                                                 dunia pasti aman
                                                 dengan kasih sayang
restuilah hamba
ketenangan, keyakinan
tabah menjalani perjuangan
dengan penuh keazaman
sumber: http://www.jkm.gov.my