29.2.12

PROGRAM KHEMAH IBADAH INSAN KAMIL TAHUN 6 2012

Pihak sekolah akan mengadakan Program Khemah Ibadah Insan Kamil 2012 seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 2 - 3 Mac 2012 (Jumaat - Sabtu)
Masa: 4.00 petang Jumaat - 11.30 tengah hari Sabtu
Tempat: SK Taman Melawati 2

Satu ceramah keibubapaan akan diadakan yang berkisar tentang hakikat dan peranan ibubapa dalam melahirkan genarasi yang cemerlang serta diberkati Allah. Program akan dijalankan pada jam 8.00 pagi 3 Mac 2012.

Pihak sekolah berbesar hati kiranya pihak Dato'/Datin/Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai bagi menampung perbelanjaan makan dan minum sepanjang program itu yang dianggarkan berjumlah RM4380.00.

Segala jasa baik dan sumbangan ikhlas pihak Dato'/Datin/Tuan/Puan, didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Segala sumbangan boleh diserahkan kepada Guru Kelas, Penyelaras Program atau Penyalaras Tahun 6.

Ustaz Hairizan - 013 - 201 0840
Encik Tuan Ismail - 017- 3010 889

Harap maklum