29.2.12

PROGRAM KHEMAH IBADAH INSAN KAMIL TAHUN 6 2012

Pihak sekolah akan mengadakan Program Khemah Ibadah Insan Kamil 2012 seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 2 - 3 Mac 2012 (Jumaat - Sabtu)
Masa: 4.00 petang Jumaat - 11.30 tengah hari Sabtu
Tempat: SK Taman Melawati 2

Satu ceramah keibubapaan akan diadakan yang berkisar tentang hakikat dan peranan ibubapa dalam melahirkan genarasi yang cemerlang serta diberkati Allah. Program akan dijalankan pada jam 8.00 pagi 3 Mac 2012.

Pihak sekolah berbesar hati kiranya pihak Dato'/Datin/Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai bagi menampung perbelanjaan makan dan minum sepanjang program itu yang dianggarkan berjumlah RM4380.00.

Segala jasa baik dan sumbangan ikhlas pihak Dato'/Datin/Tuan/Puan, didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Segala sumbangan boleh diserahkan kepada Guru Kelas, Penyelaras Program atau Penyalaras Tahun 6.

Ustaz Hairizan - 013 - 201 0840
Encik Tuan Ismail - 017- 3010 889

Harap maklum

16.2.12

JADUAL PKSR (1) 2012

Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (1) 2012 akan dijalankan pada ketetapan berikut:

TAHAP 1 (Tahun 3)

ISNIN
27 Feb 2012
1.30 - 2.20 petang (50 minit) - Bahasa Malaysia Pemahaman
4.30 - 5.30 petang (1 jam) - Pendidikan Islam/Moral

SELASA
28 Feb 2012
1.30 - 2.45 petang (1 jam 15 minit) - Bahasa Malaysia Penulisan
4.30 - 5.30 petang (1 jam) - Matematik Tahun 1

RABU
29 Feb 2012
1.20 - 2.20 petang (1 jam) - Bahasa Inggeris
2.30 - 3.10 petang (40 minit) - Matematik Kertas 2
4.30 - 5.30 petang (1 jam) - Bahasa Arab

KHAMIS
1 Mac 2012
1.15 - 2.30 petang (1 jam 15 minit) - Sains
4.15 - 5.15 petang (1 jam) - Pendidikan Jasmani & Kesihatan
5.30 - 6.30 petang (1 jam) - Pendidikan Visual


TAHAP 2 (Tahun 4, 5 dan 6)

ISNIN
27 Feb 2012
8.00 - 8.50 pagi (50 minit) - Bahasa Malaysi pemahaman
9.00 - 9.40 pagi (40 minit) - Matematik Kertas 2
11.15 - 12.30 tgh (1 jam 15 minit) - Bahasa Malaysia penulisan

SELASA
28 Feb 2012
7.50 - 9.05 pagi (1 jam 15 minit) - Sains
9.10 - 10.00 pagi (50 minit) - Bahasa Inggeris Kertas 1
11.15 - 12.30 (1 jam 15 minit) - Bahasa Inggeris Kerta 2

RABU
29 Feb 2012
8.00 - 9.00 pagi (1 jam) - Matematik Kertas 1
10.10 - 11.00 pagi (1 jam) - Bahasa Arab Tahun 4 & 5
11.30 - 12.30 (1 jam) - Kemahiran Hidup

KHAMIS
1 Mac 2012
8.00 - 9.00 pagi (1 jam) - Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
10.10 - 11.10 pagi (1 jam) - Kajian Tempatan
11.30 - 12.30 tgh (1 jam) - Pendidikan Seni & Visual

JUMAAT
2 Feb 2012
8.00 - 9.00 pagi (1 jam) - Pendidikan Islam/Moral
9.10 - 10.10 pagi (1 jam) - Pendidikan Muzik
11.00 - 12.00 tgh (1 jam) - Pedidikan Jasmani & Kesihatan

Sebelum dan selepas waktu peperiksaan, sila ikut jadual harian biasa.
Waktu balik sesi pagi dan petang adalah seperti jadual biasa.

Harap maklum

9.2.12

Program Khas dan kelas Bimbingan UPSR Januari - Mei 2012

Pihak sekolah SKTM2 akan mengadakan Program Khas dan Kelas Bimbingan UPSR seperti ketetapan berikut;

A. Kelas Bimbingan Hari Sabtu:

1. 28 Jan 2012 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.00 tengah hari)
2. 11 Feb 2012 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.00 tengah hari)
3. 10 Mac 2012 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.00 tengah hari)
4. 24 Mac 2012 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.00 tengah hari)
5. 14 April 2012 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.00 tengah hari)
6. 21 April 2012 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.00 tengah hari)
7. 12 Mei 2012 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.00 tengah hari)
8. 19 Mei 2012 (Sabtu, 8.00 pagi - 12.00 tengah hari)

B. Kelas Intensif Cuti Sekolah:

1. Cuti Pertengahan Penggal Satu:
12, 13 dan 14 Mac 2012 (Isnin, Selasa dan Rabu) (8.00 pagi - 12.00 tengah hari)

2. Cuti Pertengahan Tahun
28, 29, 30 dan 31 Mei 2012 (Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis) (8.00 pagi - 12.00 tengah hari).

Murid-murid yang tidak dapat menghadirkan diri, diminta memberikan surat tunjuk sebab kepada penyelaras Tahun 6 2012

Harap maklum.

Road Run 2012

Pihak sekolah akan mengadakan Acara Road Run Peringkat Sekolah bagi Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) pada ketetapan berikut;

Tarikh: 25 Februari 2012 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Dataran Perhimpunan SKTM2

Jadual latihan seperti berikut:

Isnin (13 & 20 Feb 2012) - Rumah Biru
Selasa (14 & 21 Feb 2012) - Rumah Hijau
Rabu (15 & 22 feb 2012) - Rumah Merah
Khamis (16 & 23 feb 2012) - Rumah Ungu
Jumaat (17 & 24 Feb 2012) - Rumah Kuning

Masa Latihan: 4.00 petang hingga 6.00 petang

Semua murid Tahap 2 adalah terlibat.

Para ibu bapa/penjaga yang berminat adalah dijemput untuk menyertai acara Road Run bagi kategori ibu bapa/penjaga pada 25 Feb 2012 tersebut. Yuran penyertaan RM10. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada hari Rabu 22 Feb 2012.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Sharizal 019 270 5037

Harap maklum.

Mesyuarat PIBG SKTM 2 Kali ke-17 (2012)

Mesyuarat Agong PIBG kali ke-17 akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh: 18 Februari 2012
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Gemilang SKTM2

Para ibu bapa dijemput hadir.

Sekian untuk makluman.

9.1.12

BAYARAN AKTIVITI TAHUN 6 2012

Satu perjumpaan ibu bapa yang telah diadakan pada 7 Januari 2012 telah sebulat suara menetapkan bayaran Aktiviti Tahun 6 2012 sebanyak RM200 setahun.

Dengan itu, semua murid tahun 6 diminta menjelaskan bayaran tersebut sama ada secara tunai atau ansuran sehingga bulan Ogos 2012 nanti.

Bayaran ini akan digunakan untuk menjalankan semua aktiviti tahun 6 di samping pembelian buku-buku kerja, kertas-kertas dan bahan-bahan sokongan untuk memantapkan lagi persediaan murid menghadapi UPSR 2012.

Segala kerjasama daripada pihak ibu bapa, didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Harap maklum

4.1.12

PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6 2012

Sukacita dimaklumkan, Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 7 JANUARI 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan SK. Taman Melawati 2

Ibu bapa/Penjaga akan diberikan taklimat mengenai pengisian program tahun 6 untuk memudahkan pihak sekolah dan ibu bapa memastikan murid-murid bersedia menghadapi UPSR 2012.

Diharapkan pihak tuan/puan dapat hadir ke majlis ini demi kecemerlangan anak-anak tuan/puan dalam UPSR 2012.

Sekian, terima kasih