10.11.10
KEPUTUSAN UPSR 2010 SKTM2
7.11.10
RAPTAI MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010 SKTM2
Tarikh: 10 November 2010 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi hinga 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan SKTM2
Acara:
Anugerah Tokoh Khas
Anugerah Kedudukan Dalam Kelas
Anugerah Matapelajaran Terbaik
Anugerah Peningkatan Prestasi
Anugerah 5 A
Sijil Pengawas/Pengawas Pusat Sumber
Murid tersebut dijemput hadir bagi memastikan aturcara majlis berjalan lancar
2.11.10
Hari Anugerah Cemerlang 2010

Hari Anugerah Cemerlang SKTM2 2010 akan diadakan pada ketetapan berikut:
Hari: Sabtu
Tempat: Dewan SKTM2
Tarikh: 13 November 2010
Masa: 8.00 pagi
Harap maklum.
HARI KANAK-KANAK
Pelbagai acara telah dirancang untuk dimuatkan pada hari tersebut.
Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children's Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.
Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Namun begitu tahun 1995 menyaksikan tugas-tugas penganjuran ini telah diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).
Objektif Sambutan
Sambuatn Hari Kanak-Kanak SeDunia sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak dan acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.
Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut tiap-tiap tahun pada mana-mana hari Sabtu dalam bulan Oktober
Lagu Tema Hari Kanak-Kanak SeDunia
di dunia ini
kau berikan kami
pengertian, perlindungan
tidak kenal bangsa atau rupa
semua tidak berbeza
dipersada kini
kau teguhkan kini
perpaduan, kedamaian
kami tersenyum, kami gembira
hilang duka dan derita
curahkan belaian mesra
berikan kami pendidikan mulia
ada rasa cinta
sesama insan serata dunia
berilah sinar harapan
bimbinglah kami semua
dunia pasti aman
dengan kasih sayang
restuilah hamba
ketenangan, keyakinan
tabah menjalani perjuangan
dengan penuh keazaman
sumber: http://www.jkm.gov.my
28.10.10
CUTI PERISTIWA SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA

Adalah dimaklumkan bahawa cuti sempena Hari Raya Aidiladha ialah pada 17 November 2010
Sehubungan itu, SK Taman Melawati (2) akan bercuti pada 16 November 2010 (Selasa). Murid akan bersekolah semula pada 18 November 2010.
Harap maklum.
PEMBATALAN CUTI PERISTIWA 3 SEMPENA HARI DEEPAVALI
Sehubungan itu, SK Taman Melawati (2) akan bersekolah seperti biasa pada 4 November 2010 (Khamis)
Harap maklum
24.10.10
JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010
26 / 10 / 2010 (Selasa)
Bahasa Melayu Pemahaman
Bahasa Melayu Penulisan
27 / 1 / 2010 (Rabu)
Matematik Kertas 2 (Tahun 3)
Matematik (Tahun 1 & 2)
Matematik Kertas 1 (Tahun 3)
Pendidikan Jasmani & Kesihatan
28 / 10 / 2010 (Khamis)
Sains
Bahasa Inggeris
29 / 10 / 2010 (Jumaat)
Pendidikan Islam/Moral
Pendidikan Seni Visual
Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)
25 / 10 / 2010 (Isnin)
Kemahiran Hidup
Kajian Tempatan
Sivik & Kewarganegaraan
26 / 10 / 2010 (Selasa)
Bahasa Melayu Pemahaman
Bahasa Melayu Penulisan
Matematik Kertas 2
27 / 10 / 2010 (Rabu)
Matematik Kertas 1
Pendidikan Jasmani & Kesihatan
Pendidikan Muzik
28 / 10 / 2010 (Khamis)
Sains
Bahasa Inggeris Kertas 1
Bahasa Inggeris Kertas 2
29 / 10 / 2010
Pendidikan Islam/Moral
Pendidikan Seni Visual
Peperiksaan untuk Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) bermula pada hari Selasa 26 / 10 / 2010
Ejaan dan Spelling akan dijalankan pada waktu @ tarikh yang sesuai
Sebelum dan selepas waktu peperiksaan, sila ikut jadual harian biasa
Waktu balik sesi pagi dan petang adalah seperti jadual harian biasa
Harap maklum.